Nasi briyani daging..

Ari nie aku nk kongsi sama korang resepi n cara2 nk buat nasi briyani daging.. Tetiba aku nk masak asi nie kalau korang nk tau, masa aku dok pi godek you tube.. Wahhh satu demi satu cara2 nk masak aku tgk sampai lapo perut aku, last2 aku decide nk masak lah nasi nie dek kerna terliur sgt ngan paparan kat you tube tu hehhehheh.. Best nyer blaja masak guna internet nie, selain dr godek kat blog2 kawan2, Zaman semakin canggih n semakin mudah kita nk belajar apa2, Just kat hujung jari je, sumer maklumat kat depan mata :D.. Ok lah jom ler layan resepi nyer ek..

Ermmm lapo tul perut aku masa ambik pic nie.. Dpt je shoot yg best terus aku bedal licin nasi tu hehhehe..
Bahan2 ( hidangan untuk 5 orang  )

4 cawan beras basmathi  1 sudu besar butter  2 biji buah pelaga 1 batang kulit kayu manis 2 biji bunga cengkih 1kg daging ( potong cube besar2 ) 1 sudu besar pes halia + bawang putih 1 sudu kecil rempah briyani 1/2 sudu kecil serbuk kunyit 1/2 sudu kecil garam masala 1/2 sudu kecil serbuk cili 2 biji tomato ( potong dadu ) 3 biji cili hijau ( potong kecil ) 1 cawan yoghurt ( aku xde so aku buat 1 cawan susu cair + 1 sudu besar lemon juice ) 1 sudu besar lemon juice Safron ( aku ambik air rebusan nasik ( air panas ) 3 sudu besar rendam dan letak sedikit pewarna saffron) 3 sudu besar minyak zaitun 2 tangkai daun pudina 1 cawan bawang goreng Garam secukup rasa.
Cara2 nk masak

Masukkan daging kedalam periuk, kemudian masukkan pes halia + bawang putih, 1/2 bawang goreng, tomato, cili hijau, garam masala, serbuk kunyit, serbuk cili,  rempah briyani, lemon juice, yoghurt , minyak zaitun, daun pudina dan garam secukup rasa.. Gaulkan sebati seperti dalam gambar. Masak sampai daging empuk ( xperlu bubuh air sbb nnt air daging akan keluar, aku guna pressure cooker, kalau xde leh masak atas dapur behsa je api perlahan supaya tak hangit,.) Mengikut resepi asal bahan nie perlu di perap selama 1 – 2 jam, tp aku xsabo lapo sgt so aku bedal je masak, stil sedap but kalau peram mungkin lg sedap kut..

Hah tu ler pressure cooker aku yg antik tu heheh.. Aku masak lebih kurang 1/2 jam, sampai daging betul2 empuk.. Kalau korang guna periuk biasa korang masak sampai daging empuk dan kuah dia sedikit pekat menggunakan api yg perlahan.. Hah tgk tu xletak air pun dah agak berkuah :D..

Sementara tunggu daging tu masak.. Rendam beras selama 30 minit dan tos kan. Bila daging dah masak baru masak nasi. Masak beras dengan 4 cawan air ( jumlah air sama ngan beras ). Letakkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih ( kalau korang nk letak dlam bunjut pun boleh ) dan juga butter seperti dalam gambar, letak garam secukup rasa masak sampai air kering ( sebelum kering korang ambik ler air nasi tu dlam 3 sudu besar tuk rendam saffron dan pewarna ). Bila sudah kering toskan seperti dalam gambar.. Kalau korang letakkan 3 sekawan tu dlam bunjut korang leh buang je xyah risau kalau tergigit masa mkn nnt hehhe..

Bila daging dah masak n kuah dia sedikit pekat dan juga nasi dah masak.. Masukkan sedikit kuah sebagai base kat bawah ( kalau korang ade daun pisang lg bagus buat kan lapik supaya nasik tak berkerak dan hangit. Pastu masukkan separuh nasik, kemudian masukkan lebihan daging dan kuah nyer sekali, pastu tutup balik daging dengan lebihan nasi. Kemudian tuang saffron dan taburkan lebihan bawang goreng seperti dlam gambar. Tutup periuk dan masak selama 20 minit or sampai nasi betul2 masak dengan api yang paling kecil.

Bila sudah masak, Gemburkan nasik perlahan2 supaya beras tak patah. Siap tuk dihidangkan.. Korang boleh makan nasik nie ngan salata ataupun raita.. Aku masak nie aku gunakan bahan2 ape yg ada kat umah je.. Kalau leh daun ketumbar + daun pudina lg naik bau nasi briyani nie.. Kalau ikut ka resepi asal masak nasik tu pun letak daun bay leaf hehheh kire aku nie derhaka ckit ler orang nyer muahhahah..

Ermmmmmm sangat panjang itu beras nyer wahhhh yummy yummy ekkekkekkek..

Ermm cam terlebih saffron lak hehehh warna putih kurang :D..

Ok kawan2 selamat mencuba daaaaaaaaaaaaa…