Nasi Tomato

Kali nie aku nk kongsi ngan korang resepi nasi tomato pulak td aku dah post resepi Ayam masak merah kan.. Nasi nie aku masak ngan beras behsa je kalau korang guna beras basmathi lg best kut.. Resepi nie aku dapat dari jiran aku yg mmg terkenal ngan nasi tomato dia yg amat best tu so ngan happy nyer aku nak kongsi sama korang leh arr korang rasa gak betapa sedap nyer nasi tomato jiran aku nie hehehe.. Masa aku nk masak nasi nie memacam hal terjadi adehhhh nie ler yg buat big M aku bertambah2 muahhahhah.. Masa dah siap kan sumer bahan nk masak tetiba rice cooker aku lak rosak so nk tak nak aku masak ler guna manual je yg penting nasi tomato aku menjadi kalau tak haru nnt mau lapo aku 1 hari kan.. Walau pun pelbagai rintangan melanda aku tetap terus kan usaha aku nk cuba resepi nie so jom ler kiter layan resepi nyer k..

Ermmmm cam sedap je nampak nyer kan, mmg sedap pun hehhehe..
Bahan2 

4 cawan beras (dibersihkan dan toskan) 1 cawan susu segar 4 cawan air (kalau guna basmathi tambah secawan lg) 1 inci halia (potong panjang dan halus) 2 ulas bawang putih (dicincang halus) 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 1 helai daun bay 2 sudu besar tomato sos 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 4 biji bunga cengkih 3 biji tomato (potong dadu) Garam dan gula secukup rasa 3 sudu besar minyak tuk menumis (aku guna minyak goreng ayam)
Cara2 Nk Masak

Panas kan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau (aku kuar kan supaya tak terlalu kuat rasa dia nnt). Kemudian masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu.

Bila bawang sudah layu masukkan bawang putih dan halia kacau 1 minit sehingga naik bau wangi dan masukkan tomato masak sampai tomato tu hancur dan kering air dia.

Bila tomato dah kering dan hancur masukkan sos garam dan gula secukup rasa (kalau boleh korang bagi masin sikit supaya bila letak beras dia akan terasa) Kacau selama 1 minit kemudian masukkan daun bay dan juga sos tomato kacau rata lagi.

Masukkan beras dan kacau rata selama 1 hingga 2 minit.

Masukkan air dan juga susu kacau rata dan korang adjust lah rasa masin dia sesuai dengan beras nyer nanti, Tutup periuk dan tanak hingga nasi masak, siap tuk dihidangkan.. Boleh juga dihiaskan dengan kacang peas dan juga daun ketumbar dan bawang goreng.

Aku makan nasi nie ngan Ayam masak merah fuhhh mmg mengancam rasa nyer xcaya nnt korang cuba lah pulak k…

Ok kawan2 mudah kan, jgn malu jgn segan cuba lah sendiri k daaaaaaaaaaa…